Isnin, 4 Mei 2009

Terjawab sudah

Ingat tak lagi pada ceologyne yang saya tempek kat sini dulu.Inilah hasilnya. Bunga dah pun keluar tapi tak taulah ID nya.Dah ditanya pada yang cerdik pandai tentang orkid ni....dan jawapannya beliau pun x tau apa ID pokok ni.Jika ada sesiapa antara otai orkid yang singgah kat sini harap dapatlah berikan jawapannya jika tahu IDnya yer.....






Mula berkembang




Close up bunganya.Kelopaknya warna hijau dan lip nya wana coklat gelap.Nampak macam Ceologyne Mayeriana.Entahlah.....asalkan ianya cantik dipandang.




Sedang kembang di pondok Orkid

Phapio NOID



Catasetum Wine Delight

Catasetum NOID


Dendrobium Nobile Pink



Dendrobium Nobile White






Jumaat, 24 April 2009

Shopping okid lagi.....

Saya telah pergi ke nursery orkid lagi pada masa rehat tengahari tadi.Kali ini ke nursery lain pula.Tak sangka akhirnya ketemu juga okid idaman saya.Hangkut 6 jenis pokok.

Dendrobium Linguela.Saya selalu mencari spesis ini jika ke nurseri.Hari ini saya bertemu juga akhirnya.

Bunganya.Maaf gambar x clear.Ambil guna h/p sahaja.

Dendrobium similae alba ini saya ambil gambarnya sahaja.Saya sudah membelinya dulu tetapi belum berbunga lagi.



Eria Floribunda ini saya dapat miliki juga akhirnya dengan harga yang sangat berpatutan .Ada lagi yang x dapat upload gambarnya kerana belum berbunga.

Khamis, 23 April 2009

Trichoglottis uexkuelliana

Saya telah pergi ke sebuah nursery semalam petang dengan niat untuk melihat-lihat jika ada pokok yang boleh dibeli TETAPI APAKAN DAYA TERGODA JUGA AKHIRNYA.Dalam pada melihat-lihat tu saya ternampak sejenis spesis trichiglottis .Setelah mendapatkan ID dari En Shaiful , pokok ini dikenali sebagai Trichoglottis Uexkuelliana.
Ada dua pokok pada satu kayu
Bunganya seperti plastik dan keras.

Close up




Isnin, 20 April 2009

Minta ID

Saya harap permintaan saya untuk setiap orkid saya yang tiada ID tidak menyusahkan kawan2 semua.Sesungguhnya semasa saya membeli orkid tersebut , tuan punya nursery tidak tahu apa ID nya.Tetapi saya tetap membelinya juga kerana suka pada pokok @ daunnya yang sihat.Kerjasama dari kawan2 sume amat saya hargai dan saya akhiri dengan ucapan terima kasih..( dengan nada yang sedih...)

Minta ID

Aerides Odorata



Saya sedang tunggu ceologyne ini berbunga.Tak sabar rasanya.Berbunga buat kali pertama sejak saya melamarnya...sekarang sudah mengeluarkan spikenya...


Untuk tatapan Kak Tina, inilah dendrobium Aphyllum yang saya ada.Belum berbunga lagi.Saya rasa kita tunggu sehingga ia berbunga.Jika confirm..saya akan berikan anak2nya pada kak Tina yer.



Untuk tatapan saudara Shaiful,inilah cymbidium yang saya katakan tempoh hari.Saya dah tukarkan tempatnya di bawah 100% full sun.Kita tuggu keputusannya.ID please....

Minta tolong ID kan jenis orkid ni.Beli kat orang asli.X tau apa jenisnya.




Yang ni pun xtau ID nye.Nampak macam jenis Ceologyne.Dah lama beli x pernah bunga lagi.Katanya caler puteh.


Sama seperti diatas.Tapi kata tuan punya nursery tu bunganya caler merah.



Ini pun x ade ID.Pokok dan daun sama macam Fire Coral.Tapi lidah dia caler kuning.Ada sesiapa nak cutting.

Inilah oncidium taiwan pink yang telah saya beli dari kak Tina.Cantik....




Dendrobium Anosmum



Cattlelya


Dendrobium x tau ID



Angraecum Sesquipedale.My favorite flower.



Spesis cattleya.Berkelopak tanpa lip.Wangi,caler puteh dan hujungnya pink sikit.




Catasetum hijau berbunga lagi.






Brassovola Nodosa.Wangi semerbak.Sejenis spesis









Ahad, 19 April 2009

Musim demam & demam orkid

Cuaca yang tak menentu dan panas yang berpanjangan sekarang ini menyebabkan ramai yang terkena penyakit demam ...termasuklah saya sekeluarga.Walaupun begitu rutin seharian sebagai peminat okid tidak dapat saya hindari.Dalam keadaan badan yang lemah dan kepala yang pening tetap saya gagahkan semata-mata untuk melihat,menyiram dan membelek orkid saya.Terasa terbit satu perasaan yang tenang dan damai sebaik sahaja melihat orkid saya yang berbunga dan banyak yang mengeluarkan keiki yang baru dan yang menabjubkan tubuh badan saya terasa sedikit segar dan kepala terasa ringan sedikit hasil terapi dari bunga dan pokok orkid itu agaknya...



Saya ada mengambil gambar bunga yang telah mekar pada hari itu.

Ahad, 29 Mac 2009

Antara yang pernah dan sedang berbunga

Inilah sebahagian daripada koleksi orkid yang ada dirumah.....



Ceologyne Rochusseni yang ni selalu berbunga pada bulan Desember je..
Catasetum Hybrid ni dah banyak anaknya dialihkan.Jika ada sesiapa yang berminat bolehlah kita barter ye.......

Spatho yang rajin berbunga
Spatho puteh ni pun sentiasa berbunga...


Lama juga nak tunggu vanda ni berbunga.Beli kat nursery dekat dgn rumah mak mertuaku..RM20 je.Tak taulah kenapa murah bangat.

BLC Port Of Paradise.Bunga besar dalam 6"
Hanis bersama Gigentea Spot.Lebih besar dari badannya...
Inilah bunganya...
Dendrobium Lowii
Dendrobium Gotton Sunray.Ini pun dah banyak anaknya telah dialihkan.Aktif beranak.....
Phal sp Fuscata.Diambil sendiri oleh suami kawan saya di sebuah hutan di utara malaysia.Hidup diatas pokok yang tingginya lebih kurang 40 kaki tingginya...
Pokok phal Fuscata
Adakah ini catasetum sp @ hybrid
Inilah ceologyne asperata yang dapat diambil dari hutan yang sama.He...he.... dapat free je...
Dah lama cari pokok ni.Akhirnya bertemu juga.


Gigentea Red
Satu-satunya jewel orkid yang ada dalam koleksi
Cattleya Mery Song