Khamis, 26 Mac 2009

Pondok Orkid & Bunganya

Close up bunganya

Nak minta tolong saya x tau ID pokok ni.Kata tuan punya nursery, pokok ni dari Species Afrika.Bunganya macam plastik dan berbau sangat harum sepanjang hari.


Mariposa ni beli kat Cameron Highland.

Blc Sanyong Ruby

Inilah bunganya.Sebenarnya bunga keluar bergugus.Tapi...hik...hik..yg sedihnya dah dipetik oleh anak jiran yang bermain di rumahku.

Species Gongora......x ingat namanya.Beli kat kawan.Katanya import dari Amerika.


Geram tengok daunnya yang lebar dan panjang dalam 1kaki 1/2.

Tunggul ni saya dapat kat rmh mak mertua di Muar.Tunggul pokok duku.Saya lekatkan phal sp disitu.Ada yang dibeli ,diberi percuma dan yang dicari sendiri....

Ini pula koleksi orkid hutan


Inilah pondok orkid saya sementara menunggu bajet utk diupgradekan...

4 ulasan:

  1. saya ada orchid yang first tu, nanti saya tgk tagnya.berapa $$$ awak beli.
    berapakah harga mariposa alba itu. comelnya....

    BalasPadam
  2. Nanti bagitau saya ID nye ye.Tima Kasih

    BalasPadam
  3. Kagum saya melihatnya. seolah2 berada ditaman anngerik.

    1. Angraecum curnowianum, Origin Madagascar.
    2. Psychopsis Mariposa var. Alba

    Gongora (Maybe boleh cuba snap gambar bunga dgn lebih dekat. Saya punya 2 jenis yg lain, berminat? Gongora quinquevulneris dan Gongora claviodora.

    BalasPadam
  4. Tq, En Shaiful,
    Tapi saya rasa , selepas saya google dan lihat pokok saya lebih kepada Angraecum Sesquipedale berdasarkan kepada lip nya yang tirus dan tajam ke bawah.

    Saya terima peminangan untuk gongora quinquevulneris dari tuan.

    BalasPadam